Wednesday, February 25, 2009

wahai kaum Adam

dengan panahan matamu
membuatkan aku jatuh,
membuatkan aku terasa,
dengan kata2 manismu
membuatkan aku mudah jatuh,
membuatkan aku mudah terasa,
dengan sikap baikmu
membuatkan aku makin jatuh,
memuatkan aku makin terasa,
dengan belaian tanganmu
membuatkan aku jatuh tersungkur,
sehinggakan aku rebah,
tanpa daya,
apakah ini dikatakan baik,sayang,kasih,@cinta?
tolonglah!kaum Adam
hentikan semua ini!
jangan bawa aku ke lembah kehinaan lagi
tolonglah jangan!
hentikanlah pandangan mata yang menggoda itu!
hentikanlah katamu yang amat manis itu!
hentikanlah sikap baik yang dibuat2 itu!
hentikanlah tanganmu dari belaian maksiat itu!
tolonglah!
aku merayu,
bimbinglah kami ke jalan yang di redhoi,
kau kaum Adam,
dimanakah tanggungjawabmu itu?
dimanakah sifat kepimpinan kamu itu?
janganlah musnahkan kaum hawa,
sesungguhnya kaum hawa itu sangatlah lemah,
janganlah kau cuba mengmbil kesempatan lagi!
hentikanlah kaum Adam!
bimbinglah kami kerana Allah,
belailah kami mengikut syariat Allah,
biarkan kami menjadi muslimah solehah,
ajarlah kami kerana Allah,
bawalah kami ke jalan yang benar,
ya ALLAH ya RAHMAN ya FATAH ya A'LIM,
berikanlah kami suami yang boleh membimbing kami,
berikanlah kami suami yang beriman keranamu yaAllah,
brikanlah kami jodoh yang terbaik dunia dan akhirat yaAllah,
Amin,Amin ya Rabbal a'lamin.

1 comment:

david santos said...

Great work, my friend, great. Congratulations!!!