Thursday, March 19, 2009

Apa yang sudah terjadi biarkan ia pergi..

Mampukah semua orang membenarkan semua yang sudah berlaku hilang begitu sahaja dari ingatan? sedangkan kisah ketika waktu kecil dulu tu pun still angat lagikan? btul tak?betulkan?
ok ini adalah sebahagian kandungan bicara yang terdapat dalam buku "la tahzan"
apa yang dikata?:
mengingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. lbh drpd itu, ia boleh memastikan kehendak dan memebinasakan masa depan..
bagi orang2 yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat sehingga ia tidak tidak dapat keluar. ia perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan, tidak dapat diubah dan tidak diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengn apa jua kegelisahan dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan-ia adalah sesuatu yang sudah tiada.
jgn biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jgn biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau........
hmm setakat ni jela dulu ek..
"la tahzan"-DR.Aidh bin Abdullah Al-Qarni..penterjemah-Mohd. Sofiwan bt Amrullah.

Tuesday, March 10, 2009

salam ucapan ini khusus untuk adik Aqi yang nak amek result STPM ke da amek tak tahulakan.
.moga dpt result yang paling di antara yang terbest..huhu..up to u la nak bgtahu ke tak..
.hope dapat yang terbaik je..
then,
kepada sahabat2 yang amek STPM..hope result korang pn gempak2 belaka ek.
kpd yang berjaya congratulation..n then kpd yang kurang berjaya jgn sedih2.
.insyaAllah rezeki masih ada

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur rasul

Cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah,
yang telah mengutuskan manusia yang paling agung
iaitu Rasulullah sollallahualaihiwassam...
Ya Rasulullah,
syafaa'ti daku yang selalu alpa dengan ajaranmu,
leka dengan sunnahmu,
lalai dengan risalahmu,
namun,
jauh disudut hatiku,
aku rindu padamu ,
wahai kekasih Allah.