Friday, April 3, 2009

Wasiat terakhir Syaikh Abdul Qadir al-Jailani kepada anak-anaknya..

Abdul Wahhab, putera Syaikh Abdul Qadir Al- Jailani, meminta wasiat dari beliau.ketika ayahandanya itu sakit yang membawa kewafatan beliau. Beliau berkata:
" tetapkanlah engkau takwa dan taat kepada Allah s.s.t .janganlah engkau takut kepada seseorang juapun dan janganlah engkau mengharapkannya. Serahkanlah semua keperluanmu kepada Allah s.w.t dan tuntutlah daripadaNya.janganlah engkau bergantung kepada seorang manusia juapun selain daripadaNya.Tauhid..!tauhid..!Tauhid..! sumber semuanya itu adalah tauhid..!
Tatkala sakit beliau semakin parah, beliau berkata:
"Apabila kalbu sudah benar bersamaNya,maka tidak ada yang sepi dari hati dan tidak ada yang keluar daripadanya. Aku adalah inti tanpa kulit".
Beliau juga berkata kepada putera-putera beliau:
"menyingkirkanlah kamu dari sekitarku, sebab secara zahir aku bersama kamu dan secara batin aku adalah bersama orang lain. Antara aku, kamu dan semua makhluk ada jarak sejauh antara langit dan bumi. Maka janganlah kamu menyamakan aku dengan seseorang dan janganlah kamu menyamakan seseorang dengan aku".
kemudian beliau berkata lagi:
"Selain kamu ada yang hadir di dekatku. Maka berilah mereka tempat duduk , dan bersopan santunlah kamu kepada mereka. Disini ada rahmat yang agung. Dan janganlah kamu menyempitkan tempat terhadap mereka".
Salah seorang murid beliau yang paling rapat dan menjadi pencatat wasiat dan nasihat beliau pernah diberitahu oleh sebahagian putera beliau, bahawa beliau pernah berkata:
"Dan semoga kamu mendapat keselamatan,rahmat dari Allah dan berkahNya. Semoga Dia mengampuni aku dan kamu. Semoga Dia menerima taubatku dan taubatmu. Dengan nama Allah s.w.t".
Beliau mengatakan hal itu selama sehari semalam. Beliau juga berkata:
"Aduhai...! Aku sungguh kasihan kepadamu..! Aku tidak mempedulikan sesuatupun,dan tidak juga terhadap malaikat maut. Menyingkirlah engkau...! sebab kami sudah mempunyai Tuhan yang menguasai kami selain dari diri kamu".
Beliau menjerit dengan keras pada hari yang beliau wafat,pada petang harinya. sebahagian putera beliau menanyakan tentang apa yang beliau lihat. Maka beliau menjawab :
"Janganlah ada seorang pun yang bertanya kepadaku tentang sesuatu . Aku adalah ini. Aku bergerak -gerak dalam ilmu Allah s.w.t".
Beliau berkata kepada putera beliau, Abdul Jabar:
"Engkau tidur ataukah terbangun ...? Matilah kamu dalam diriku, maka kamu kan terbangun".
salah seorang anak murid beliau yang bernama"Afif mendatangi beliau berkata tatkala sebahagian putera beliau berada disisi beliau, dan putera beliau, yang bernama Abdul Aziz menulis atas nama belaiu.Beliau lalu menyuruh puteranya itu memberikan kepada muridnya tersebut untuk mencatat apa yang akan disampaikannya. Kemudian muridnya itu menulis:
(surah At-thalaq"ayat 7)
"hukum dapat berubah, namun ilmu tidak boleh berubah. Hukum dapat disalin, sedangkan ilmu tidak. Ilmu Allah tidak dapat dilawan oleh hukumNya".
Dua orang putera beliau, Abdul Jabbar dan Musa menggambarkan bahawa Tuan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani mengangkat dan menghulurkan tangan beliau sambil berkata :
"bertaubatlah kamu dan masuklah kamu ke dalam barisan..!"
Beliau juga berkata:
Rahmahlah...!Rahmahlah..! ". Kemudian datanglah al-haq dan sakarat maut, lalu beliau berkata:
"Aku menerima pertolongan kepada la ilahaillallah yang tidak akan mati dan tidak takut kepada kematian.Maha suci Dzat yang Maha Agung dengan kekuasaan Nya dan menglahkan hamba-hambaNya dengan kematian. lailahaillallahmuhammadarrasulullah.
Putera beliau yang bernama Musa menceritakan, bahawa tatkala beliau mengatakan A'zim(Agung) maka lisan beliau tidak mampu lagi berkata secara benar. Belaiu selalu mengulang-ulang hingga berkat A'zim dan beliau memanjangkannya, sehingga beliau berkata benar.
Kemudian beliau mengucapkan "Allah..!Allah..!Allah..!" Lalu suara beliau samar dan lidah beliau menempel pada langit-langit beliau. Kemudian beliau wafat. Semoga Allah s.w.t meredhainya dan meredhakannya, serta semoga Dia mengumpulkan antara beliau dan kita di tempat yang mulia di sisi Allah Rabb Yang Maha Kuasa. Segala puji bagi ALLAH sss.w.t yang menjadi tuhan atas sekalian pimpinan alam. RahmatNya yang agung semoga tercurah pada pimpnian para Nabi dan Rasul , Nabi Muhammad s.a.w makhlik yang paling utama dan para keluarga serta para sahabt baginda, hinggalah kepada tabi' altabi'in semuanya...
DR: Wasiat dan Nasiaht Kerohanian.