Saturday, November 28, 2009

Sheikh Yusof Estet

Sebagai pengenalan..ana baru tahu tentang sheikh ni..jika ada masa ana akan mengkaji lagi latar belakang sheikh ni..bagi sesiapa yang ingin memeberi pendapat bolehla utarakan..syukran..
Penghijrahan yang luar biasa telah dilakukan oleh
Yusof Estet iaitu dari bergelar Paderi Kristian dan kini beliau bergelar Pendakwah Islam. Pengkajian beliau tentang Al-Quran telah menukar identiti beliau. Sejak dari kecil beliau bergelumang dengan dunia Kristian, kini Yusof Estet menjadi salah seorang pendakwah antarabangsa. Syabas buat Sheikh Yusof Estet.

Tazkirah Hari Raya AidilAdha

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
retrieved:http://www.smartgeneration.com.my

Sunday, September 6, 2009

beberapa solan untuk muhasabah diri..jom kita check..

1. adakah anda seorang yang solat penuh khusyuk?
2. adakah anda seorang yang beristighfar kepada Allah swt?
3. adakah diri dan amalan anda mencerminkan ketakwaan kepada Allah swt?
4. adakah anda redha dan sabar dengan setiap ujian yang Allah berikan?
5. adakah anda sentiasamengingati mati dan sersiap sedia menghadapinya?
6. adakah anda sentiasa berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammmad sollallahualaihiwassalam?
7. adakah anda sentiasa menjauhi perbuatan haram dan makruh?
8. adakah anda sentiasa menangis bila mengenangkan dosa ?
9. adakah anda sering bersangka buruk pada diri sendiri dan bersangka buruk pada orang lain?
10. adakah anda sering bersyukur kepada Allah swt di atas nikmat-nikmat yang telah diberi?

marilah kita sama tanya diri sendiri dan renung-renungkanlah.

Thursday, July 30, 2009

program PERSADA

sampai je dpt mkn nasi ambeng..huhu
ha kat masjid kota tinggi..sblum tgu owg bek bgambo lu


ha ni forum pengenalan kg ..ayh agkt kt pn de..huhu
miss zuliha n rihmah..tak sabar nak naik pelamin ye..hehe..jgn mare
ala..sedihnye..da nak blik..

Wednesday, July 15, 2009

sape2 yang jauh leh r tgok gmbr ni huhu

huhu selamat sudah diijabkabulkan..
menantu ngan bapak mentua pakai sedondon huhu
NORFAEZAH DAN KHAIRUDDIN

Pasanganku silih berganti?

alhamdulillah dpt lg nk update blog ni..maklumlah dah lama kesepian..huhu..hari ni tetiba je teringat tntng someone..hmm..yela dlm dunia pelbagai ragam manusia boleh kita jumpa..PASANGANKU SILIH BERGANTI..ceh ibarat mcm tukar baju lak ye..ape kaitannye ye?hr ni fz berminat untuk berkongsi 1mslh yg terdapat diklgn msyrkt sekrg.mgkin kt tak yah g jauh2..just tgok kwn sekeliling ckup...ha ape dia?nak thu?mstilah psgn couple..Allah kurniakan kita paras rupa yg cantik,ayu,lembut..bak kata orang smua yang terpandang pasti tertarik punye.tapi betapa ruginya jika kecantikan yang ada pada diri kita tidak dgunakan dgn sebaiknya..betapa sdihnya jika kita tidak lgsung mghrgai ape yang ade....knapa kita tidak setia pada yang satu?perlukan bertukar psgn ibarat kain pasang? isyh3 pelik btul...cuba kita fikir kita couple byk2 last kali nikah ngan orang lain...masyaAllah btapa malunye kita..tp yg tu thn lg kalo couple tak rosak diri..kalo kita couple byk2 n then pegang sana cni pn dah byk?ha cm ne lak?bkn ke da bertambah dosa tu..kadang2 terfikir gak..betapa syngnyela punye rupa cantik tapi tiada apa lagi yang tinggal..smua kecantikan dah hilang dsbbkan perkara2 yang tak sepatutnya..tapi fz rasa plik btul bl terdgr ada sorang member ni tak leh hidup tanpa berteman..maknanya setiap kali putus couple terus ada penganti baru..wow.hebat tu..senangnyela die terima cinta orang ye.kalo mcm tu bkn ke lbh baik nikah je ..kn senang..janganla bercinta andai kata ia boleh merosakkan jiwa.plik btul mlihat situasi yng mcm ni.ape yang menjadi kerisauan pada fz..cb kita fkir kalo la yang orang pernah kita couple dulu terasa hati atau dengki atau jiwa kacau dsebabkan kita mcm ne? nak2 kalo yang tak puas hati tu ade yang berniat tak baik pada kita cm ne lak tu?..ha kalo cam ni sampai nikah pn mesti ada gangguan jugakkn?mesti tak tenang je selamanya..jadi sape yang nak couple tu fkr2la dulu baik buruknya..jgnlah kita suka menyakitkan hati orng lain dgn memberi harapan sehidup semati tapi akhirnya tak memberi ape2..mmgla jodoh ditangan tuhan tapi jgnlah sesekali cuba mempermainkan perasaan orang lain...ape2 pn kita doakanlah kita akan terhindar dr kezaliman ddunia mahupun akhirat...

Friday, April 3, 2009

Wasiat terakhir Syaikh Abdul Qadir al-Jailani kepada anak-anaknya..

Abdul Wahhab, putera Syaikh Abdul Qadir Al- Jailani, meminta wasiat dari beliau.ketika ayahandanya itu sakit yang membawa kewafatan beliau. Beliau berkata:
" tetapkanlah engkau takwa dan taat kepada Allah s.s.t .janganlah engkau takut kepada seseorang juapun dan janganlah engkau mengharapkannya. Serahkanlah semua keperluanmu kepada Allah s.w.t dan tuntutlah daripadaNya.janganlah engkau bergantung kepada seorang manusia juapun selain daripadaNya.Tauhid..!tauhid..!Tauhid..! sumber semuanya itu adalah tauhid..!
Tatkala sakit beliau semakin parah, beliau berkata:
"Apabila kalbu sudah benar bersamaNya,maka tidak ada yang sepi dari hati dan tidak ada yang keluar daripadanya. Aku adalah inti tanpa kulit".
Beliau juga berkata kepada putera-putera beliau:
"menyingkirkanlah kamu dari sekitarku, sebab secara zahir aku bersama kamu dan secara batin aku adalah bersama orang lain. Antara aku, kamu dan semua makhluk ada jarak sejauh antara langit dan bumi. Maka janganlah kamu menyamakan aku dengan seseorang dan janganlah kamu menyamakan seseorang dengan aku".
kemudian beliau berkata lagi:
"Selain kamu ada yang hadir di dekatku. Maka berilah mereka tempat duduk , dan bersopan santunlah kamu kepada mereka. Disini ada rahmat yang agung. Dan janganlah kamu menyempitkan tempat terhadap mereka".
Salah seorang murid beliau yang paling rapat dan menjadi pencatat wasiat dan nasihat beliau pernah diberitahu oleh sebahagian putera beliau, bahawa beliau pernah berkata:
"Dan semoga kamu mendapat keselamatan,rahmat dari Allah dan berkahNya. Semoga Dia mengampuni aku dan kamu. Semoga Dia menerima taubatku dan taubatmu. Dengan nama Allah s.w.t".
Beliau mengatakan hal itu selama sehari semalam. Beliau juga berkata:
"Aduhai...! Aku sungguh kasihan kepadamu..! Aku tidak mempedulikan sesuatupun,dan tidak juga terhadap malaikat maut. Menyingkirlah engkau...! sebab kami sudah mempunyai Tuhan yang menguasai kami selain dari diri kamu".
Beliau menjerit dengan keras pada hari yang beliau wafat,pada petang harinya. sebahagian putera beliau menanyakan tentang apa yang beliau lihat. Maka beliau menjawab :
"Janganlah ada seorang pun yang bertanya kepadaku tentang sesuatu . Aku adalah ini. Aku bergerak -gerak dalam ilmu Allah s.w.t".
Beliau berkata kepada putera beliau, Abdul Jabar:
"Engkau tidur ataukah terbangun ...? Matilah kamu dalam diriku, maka kamu kan terbangun".
salah seorang anak murid beliau yang bernama"Afif mendatangi beliau berkata tatkala sebahagian putera beliau berada disisi beliau, dan putera beliau, yang bernama Abdul Aziz menulis atas nama belaiu.Beliau lalu menyuruh puteranya itu memberikan kepada muridnya tersebut untuk mencatat apa yang akan disampaikannya. Kemudian muridnya itu menulis:
(surah At-thalaq"ayat 7)
"hukum dapat berubah, namun ilmu tidak boleh berubah. Hukum dapat disalin, sedangkan ilmu tidak. Ilmu Allah tidak dapat dilawan oleh hukumNya".
Dua orang putera beliau, Abdul Jabbar dan Musa menggambarkan bahawa Tuan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani mengangkat dan menghulurkan tangan beliau sambil berkata :
"bertaubatlah kamu dan masuklah kamu ke dalam barisan..!"
Beliau juga berkata:
Rahmahlah...!Rahmahlah..! ". Kemudian datanglah al-haq dan sakarat maut, lalu beliau berkata:
"Aku menerima pertolongan kepada la ilahaillallah yang tidak akan mati dan tidak takut kepada kematian.Maha suci Dzat yang Maha Agung dengan kekuasaan Nya dan menglahkan hamba-hambaNya dengan kematian. lailahaillallahmuhammadarrasulullah.
Putera beliau yang bernama Musa menceritakan, bahawa tatkala beliau mengatakan A'zim(Agung) maka lisan beliau tidak mampu lagi berkata secara benar. Belaiu selalu mengulang-ulang hingga berkat A'zim dan beliau memanjangkannya, sehingga beliau berkata benar.
Kemudian beliau mengucapkan "Allah..!Allah..!Allah..!" Lalu suara beliau samar dan lidah beliau menempel pada langit-langit beliau. Kemudian beliau wafat. Semoga Allah s.w.t meredhainya dan meredhakannya, serta semoga Dia mengumpulkan antara beliau dan kita di tempat yang mulia di sisi Allah Rabb Yang Maha Kuasa. Segala puji bagi ALLAH sss.w.t yang menjadi tuhan atas sekalian pimpinan alam. RahmatNya yang agung semoga tercurah pada pimpnian para Nabi dan Rasul , Nabi Muhammad s.a.w makhlik yang paling utama dan para keluarga serta para sahabt baginda, hinggalah kepada tabi' altabi'in semuanya...
DR: Wasiat dan Nasiaht Kerohanian.

Thursday, March 19, 2009

Apa yang sudah terjadi biarkan ia pergi..

Mampukah semua orang membenarkan semua yang sudah berlaku hilang begitu sahaja dari ingatan? sedangkan kisah ketika waktu kecil dulu tu pun still angat lagikan? btul tak?betulkan?
ok ini adalah sebahagian kandungan bicara yang terdapat dalam buku "la tahzan"
apa yang dikata?:
mengingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. lbh drpd itu, ia boleh memastikan kehendak dan memebinasakan masa depan..
bagi orang2 yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat sehingga ia tidak tidak dapat keluar. ia perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan, tidak dapat diubah dan tidak diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengn apa jua kegelisahan dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan-ia adalah sesuatu yang sudah tiada.
jgn biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jgn biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau........
hmm setakat ni jela dulu ek..
"la tahzan"-DR.Aidh bin Abdullah Al-Qarni..penterjemah-Mohd. Sofiwan bt Amrullah.

Tuesday, March 10, 2009

salam ucapan ini khusus untuk adik Aqi yang nak amek result STPM ke da amek tak tahulakan.
.moga dpt result yang paling di antara yang terbest..huhu..up to u la nak bgtahu ke tak..
.hope dapat yang terbaik je..
then,
kepada sahabat2 yang amek STPM..hope result korang pn gempak2 belaka ek.
kpd yang berjaya congratulation..n then kpd yang kurang berjaya jgn sedih2.
.insyaAllah rezeki masih ada

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur rasul

Cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah,
yang telah mengutuskan manusia yang paling agung
iaitu Rasulullah sollallahualaihiwassam...
Ya Rasulullah,
syafaa'ti daku yang selalu alpa dengan ajaranmu,
leka dengan sunnahmu,
lalai dengan risalahmu,
namun,
jauh disudut hatiku,
aku rindu padamu ,
wahai kekasih Allah.

Wednesday, February 25, 2009

wahai kaum Adam

dengan panahan matamu
membuatkan aku jatuh,
membuatkan aku terasa,
dengan kata2 manismu
membuatkan aku mudah jatuh,
membuatkan aku mudah terasa,
dengan sikap baikmu
membuatkan aku makin jatuh,
memuatkan aku makin terasa,
dengan belaian tanganmu
membuatkan aku jatuh tersungkur,
sehinggakan aku rebah,
tanpa daya,
apakah ini dikatakan baik,sayang,kasih,@cinta?
tolonglah!kaum Adam
hentikan semua ini!
jangan bawa aku ke lembah kehinaan lagi
tolonglah jangan!
hentikanlah pandangan mata yang menggoda itu!
hentikanlah katamu yang amat manis itu!
hentikanlah sikap baik yang dibuat2 itu!
hentikanlah tanganmu dari belaian maksiat itu!
tolonglah!
aku merayu,
bimbinglah kami ke jalan yang di redhoi,
kau kaum Adam,
dimanakah tanggungjawabmu itu?
dimanakah sifat kepimpinan kamu itu?
janganlah musnahkan kaum hawa,
sesungguhnya kaum hawa itu sangatlah lemah,
janganlah kau cuba mengmbil kesempatan lagi!
hentikanlah kaum Adam!
bimbinglah kami kerana Allah,
belailah kami mengikut syariat Allah,
biarkan kami menjadi muslimah solehah,
ajarlah kami kerana Allah,
bawalah kami ke jalan yang benar,
ya ALLAH ya RAHMAN ya FATAH ya A'LIM,
berikanlah kami suami yang boleh membimbing kami,
berikanlah kami suami yang beriman keranamu yaAllah,
brikanlah kami jodoh yang terbaik dunia dan akhirat yaAllah,
Amin,Amin ya Rabbal a'lamin.

Tuesday, February 24, 2009

ape yg terjadi ni?

msuk sem 2, smua orang ada azam baru dan smuala baru..hehe..tak sgka msuk sem ni msh lagi belajar ngan ustazah tafsir yang sama, tp alhamduliilah tak de hal nye. sem ni setiap pljr fakulti kontemporari islam(degree) dinasihatkan oleh ustazah supaya menukar fesyen pakaian..dari kecik labuhkan ckit, dr tudung pendek lbuhkan lagi, dari tudung jarang tebalkan ckit..pki stoking.." anti smua dah besar, amek degree spattnya ustzh tak yah tgur dah smua ni, kalo msuk kelas ustazah, ustazah nak pki mcm ni" mmandang ustzah suoh pki mcm tu maka ramaila yang berubah tapi malangnya sesetengah dari student hya pkai waktu kelas ustazah tu je..ada lagi sorang ustazah yg msuk kelas n then mengingatkan perkara yang sama..labuhkan tudung, jgn pkai make up sampai gaya mcm pelangi.."anti kena ingat anti skarang dlm kos dakwah, jadi kalo anti pkai mcm budak pgurusan, ape ke jadi anti tak de beza pun..nanti kalo orang tya.."awak amek kos ape?kita jawab "dakwah" n then die pun ckp"la ingatkan budak fashion designer td" masyaAllah...yela nak berubah mmg sukar, dan ianya memang payah sgt..bak kata ustzh mula2 rimas tp kalo dah lama nnti akn jd kebiasaanla" tp kita kena ingt ustzh ckp cm tu bkn krana kita amek kos pgajian islam kena pkai tudung labuh..kita wajib pakai mcm ni coz kita tahu etika pemakaian dalam islam..amatlah rugi bagi seseorang yang mengetahui tntg aurat dlm islam tp tak mempraktikkannya...tapi mmg menyedihkan bila tgok sahabat2 bila time tafsir n fiqh dakwah semua cantik berpakaian bertutup litup tp bila waktu kelas lain..hmmm..sampaikan ade seorang pelajar muslimin ckp"dak pmpn kalo time tafsir n fiqh dakwah semuanye bole jadi calon"...sampai begitu sekali pndgn yang diberi.mgkin ayatnye simple tp pnuh bermaknakan?.saya hya mengharap semua akan kembali kerana Allah taala..semoga sahabat2 akan dibukakan pintu hati untuk menerima teguran ustazah tu..sy tak mgharapkan perubahan yg drastik coz sy thu ia akan jadi sementara sj..tp buatla sedikit demi sedikit insyaAllah anda mampu lakukannya..slh dan silap pohon kemaafan..kau sahabatku kau teman sejati...

Wednesday, February 18, 2009


ha gambar sape ni ye? mcm pelik je kan..hehe, taklah xpelik pun..untuk pengetahuan
sahabat2 inilah sedikit gambar yang ada ketika bekerja di tadika dulu. rindu sangat
rasanya kat budak2 ni. banyak betul pengalaman yang dapat waktu bekerja nikan?
yela barula tahu mcm mane seksanya nak mencari rezeki. barulah tahu rasanya mcm mane jadi ketua keluarga.
tapi ni baru keje yang senang jika dibandingkan abah yang memerah tenaga mengait
buah kelapa sawit dengan peluh yang menitik-nitik. sedih lak rasanya. itu cerita lama,
sekarang ,alhamduliilah keadaan sudah berubah. ha 1 pengalamn yang tak dpt dilupakan
apabila dapat berjumpa sahabat2 yang sgt baik dan boleh masyuk.hehe.
xpecially kak lily n liza..tapi skrng msng2 dah sbuk kembali.yela masing dgn
kerjaya masing2. apa yang dpt dirasakan ketika mengajar iaitu rasa payahnya
untuk menyampaikan ilmu. nampak seperti mudah yela orang ckp ngajar budak
kecik tapi cubala fikirkan budak2 yang kuat main tu.hmm masyaAllah, dgn suka
kencing dlm kelasnya..hahaha teringat lak kat budak2 ni tapi hakikatnya walaupun
terasa penat dan kadang rasa bad mood tapi sebenarnya seronok sgt. apa yang lagi
seronok ialah apa yang kita cuba sampaikan dapat diterima oleh adik2 ni..
hmm mcm tula..ala rindunya rasa kat semua..teringat lak budak2 panggil
teacher fiza..teringat lak kat Adam haikal,umur 3 tahun,selalu ckap
cm ni"teacher nak keshing" hehe mcmlah..kepada shbt2 yang mash berada
di tadika(kak yana) teruskanlah perjuangan sehingga ke akhirnya..sampaikanlah
ilmu lillahitaala..kpd kak yana n liza lak rindu kowang berdua.selalulah jenguk blog fiza ni ek ;-).

Kalamullah sebagai teman

Firman Allah s.w.t" jika demikian adakah orang yang telah dilapangkan
Allah dadanya untuk mnerima islam,lalu ia tetap berada dlm cahaya
(hidayah petunjuk) dari tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup
mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? maka kecekelakaan besarlah
bagi orang2 yang keras membatu hatinya."
Surah az-zumar :22.
Ayat ini jelaslah menunjukkan bahawa orang yang benar akan dilapangkan
dada dan orang jahil itu akan membuatkan hatinya keras.

Allah s.w.t berfirman lagi: "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi
hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia akan melapangkan dadanya(membuka hatinya)
untuk menerima Islam."
Surah an'am:125

Ini menunjukkan Islam merupakan satu matlamat yang hanya dapat dicapai oleh orang
yang dikehendaki Allah.

Tuesday, February 17, 2009

Wednesday, February 4, 2009

Kenangan yang telah lalu mungkin tak akan berulang lagi. Tapi setiap kenangan tulah yang menjadikan seseorang itu sentiasa tersenyum sendirian ataupn menangis sendirian. Yela apa yang kita sedia maklum, kenangan tukn ada yang manis dan ada jugak yang pahit.
Tapi sejauh manakah kita menghargai kenangan tu? Hmm bila bercerita tentang kenangan aku teringat kenangan2ku sewaktu di sekolah rendah, menengah, n then stam. Disini aku teringin untuk mencoretkan apa yang aku pernah rasa. Ntahla tetiba je rasa nak kongsi ngan orang lain.
Bermula di Sek.Keb.LKTP.Jengka 23, ha waktu di sekolah rendah mmg byak yang menariknya. Maklumlah orng famousla katakan.hehe.. perasan lak ye..masa darjah 1,apa yang menarik ye..hmm ms waktu ni aku seorang pelajar yang sgt rajin.setiap homework yang diberikan aku sentiasa menjadi orang yang pertama menyiapkannya. Aku jadi begini disebabkan niat aku untuk belajar tu btul. Lg 1 aku sentiasa memikirkan kehidupan kuarga yang susah, keadaan ayah yang sakit disebabkan manusia yang busuk hati dan penuh dgn hasad dengki. Waktu dulu kami selalu kena pukul dan marah kalo wat sikit je salah atau wat abah terkejut pada waktu tidur. Tapi kami sekeluarga tak pernah menyalahkan abah kerana kami tahu abah pukul sebab kami melakukan kesalahan. Maklumkan dulu aku suka bergaduh ngan adik beradik. Sama je ngan adik beradik yang lain. Berkat usaha gigih aku ms darjah 1, final exam alhamdulillah aku dpt no 1 dlm kelas . mak ngan abah gembira sgt pd waktu. Yela dlm adik beradik x de sorng pn yng pnh dpt kptsn cmrlag mcm 2. Yela kalo nak slhkn adik beradik yng lain pn tak leh jgk, mklmlah ms tu abng long skt teruk ngan kakak maka mereka tak mampu nak truskan pljrn. Skrng abg,kakak dan adik mempunyai skit yg sama. Setiap hari aku sentiasa melakukan yng terbaik untuk mak abah..ms drjah dua aku belajar pg n ptg. Pagi sek keb ,manakala ptg sek agama..daripada drjah 1-drjh 6 aku tak penah miss naik pentas..asyik2 muka aku naik pentas amek hadiah tak kirala sek ren ataupn agama..banyak btl dpt hadiah tp hadiahnye dah tak thu lps kemana hehe..wlupn sbuk ngan bljr, aku sentiasa mewakili sek untk beberapa pertndngn..ptndgn hoki kt sek kerdau,johan tlwh Al-Quran prngkt zon di sek.keb sri tualang, netball, nasyid kt sek keb paya pulai. Semua ni msh lg dlm ingatn aku..betapa gembiranya bl aku mampu melalui smua tu..kalo kt sek agama fardhu ain lak, last year aku mnjd best student. Aku selalu gak msuk prtndgan nasyid dan syair waktu tu. Namun bgitu smua tu berlaku hnya smntara shj.
Ha apela lak yng berlaku waktu di sek men ek? Smgtku untk bljr semakin krg. Aku pn tak thu knp, mgkin dsbbkan mslh yng aku fkrkan sgt byk. Aku tak berani nak luahkan pd sesiapa . hanya Allah shj yng tahu..wlaupn aku msh di kelas 1, tp aku merasakan keputusan aku agak merosot ketika di sek men. Lg 1 keadaan kesihatan aku agk terjejas sikit pd waktu tu p tak siapa th. Aku ingin jd yng terbaik dlm setiap perkara. Kalo dulu waktu sek ren aku sentiasa mndpt pujian dlm subject mate dr cikgu Basri tp skrng tak lag. Aku mnjd smkn pasif dn slalu rasa ltih. Wlupn bgitu naik form 2,aku tlh ditaklifkan untk menjadi amirah. Iaitu pentazkirah atau aku beri glrn badib kecil..hehe..tak sgka lak aku tlh ditaklifkan 1 tggnjwb yang agak besar..rindu sgt rasanya ngan kwn2 dulu. Pljranku msh begitu, setiap kptsn subject akademik aku kurng memuaskan tp kalo subjek agama kptsnnya sbliknya. Kdg2 aku rasa sgt jeles ngan kptsan kwn2 yang lain tp apakan dya. Semua tu pn dah berlalu. Aku hya dpt naik stage pd waktu form 4. Itupn dsbbkan SMA.Terdpt bbrapa taklifan yang tlh diberi pdku wktu di sek men dl..hmm waktu form 4,aku ditaklifkan menjadi bendahari bdn dkwah dan ibadh, penolong ketua asrama,dan lain2. Waktu form 5 lak taggnjwbku tersa sgt berat apabila aku dlantik menjadi timbalan pengerusi badan dakwah dan ibadah dan ketua asrama. Waktu ni mcm2 bermain di fkrn aku. Sama ada mahu terima atau tak. Aku tahu aku mmg sgt2 tak lyk dgn jwtn yg dberikan tp aku sentiasa menerima nasihat dr shbt2 iaitu:” Allah tidak akan membebani seseorang mlainkan sesuai dgn kesggpan”. Aku sentiasa berfikir bagaiman aku boleh mentarbiah orng sdngkan aku mash lagi terumbang-ambing. Aku rasa sedih sgt coz aku merasakan byk keje yng tak mampu aku selesaikan. Aku juga sentiasa merasa bersalah ngan shbt2 dan ustzh krana tak mampu mlakukan yang terbaik. Masa msuk masisupa bahas bahasa arab, aku juga tlh melakukan keslahan.Shingga skrng aku msh lagi teringat dgn setiap yang aku lakukan. Sehinggalah skrng aku berada di UDM, aku terasa teragak-agak untuk myertai apa2 persatuan. Seolah-olah fobia lak.Aku teringin mahu pegi ke sklh khairiah semula untk memberikan sesuatu kpd adik2 generasi br tp aku masih lg tak tahu untk mulakan mcm mana. Banyak sgt cerita yng tlh aku dgr tntg sekolahku skrng. Aku hya mampu berdoa dan terus berdoa shj. Aku bermohon agar setiap kesalahan yang telah aku lakukan akan mendapat keampunan dr Allah s.w.t. Kpd shbt2 seperjuangan di bumi khairiah harap dpt meneruskan perjuangan hga ke akhirnya. Dan hiasilah bumi khairiah kita dgn biah solehah. Memang sukar untuk memberikan yang terbaik untuk semua tapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha. Terima atau tidak yang kedua.

Thursday, January 8, 2009

Sabda Rasulullah s.a.w ...
"dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk akhirat"
;-)tanamilah kawasan ladangmu itu dgn hati dan jasadmu, iaitu dgn keimanan, kemudian hendaklah engkau olah dgn menyiraminya dgn amal kebaikan. jika hati lunak,mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang,maka keimanan akan tumbuh di dalamnya. sebaliknya jika hati itu,kejam dan kasar ,maka ia tak ubahnya bagaikan tanah yang tandus dan gersang,sedangkan yang tandus dan gersang itu akan ditumbuhi oleh tumbuh -tumbuhan. jika engkau bercucuk tanam di atas puncak gunung,maka tanamanmu itu tidak akn tumbuh di situ,bahkan ia adalah lebih dekat kpd kebinasaan,Belajarlah engkau bercucuk tanam kpd orang yang memang sudah mahir melakukannya,bukan dgn menghandalkan pendapatmu.salam alaik...

Saturday, January 3, 2009

Bersihkanlah dirimu sahabatku yang disayangi

"ya Allah betapa byk dosa yang telah aku lakukan,,ya Allah berikanlah aku peluang untuk menjadi hambamu yang penuh dgn ketakwaan,ya Allah jika aku alpa kau berikanlah petunjuk untuk aku mlalui jalan yg benar,Ya Allah berikanlah aku sahabat yang boleh mendorongku kearah kebaikan ,sesungguhnya aku hamba yang dhoif,aku tak mampu menaggung semua itu dgn sendiri ya Allah,ampunkanlah dosaku ya Allah ,hindarkanlah aku dr kemaksiatan ya Allah,dan jgnlah berikan aku lgsg sedikit kesmpatan untuk terjebak ke lembah yang hina itu ya Allah..ya Rahman ..Ya Rahim.. Ya Fatahu Ya Alim..Amin2 yarabbal a'lamin

Thursday, January 1, 2009

something........


"perasaan rendah diri seseorang yang telah melakukan kemaksiatan dan dosa itu lebih baik dari kesombongan dan bongkak seorang yang melakukan ketaatan"-hukama